Berhenti merokok ni memang satu perkara yang sangat sukar. Jika ditanya kepada perokok adakah mereka ingin meninggalkan tabiat merokok, jauh di sudut hati memang kebanyakannya ada keinginan untuk berhenti. Ada yang berjaya. Ramai juga yang gagal. Ini kerana nikotin yang terkandung di dalam rokok terus masuk melalui saluran darah, ke paru-paru dan seterusnya hanya mengambil masa 10 saat untuk sampai ke otak manusia. Tidak dapat dinafikan, merokok ini sebenarnya satu ketagihan.

Bagi perokok Muslim, kehadiran bulan Ramadhan sememangnya dilihat sebagai peluang terbaik untuk berhenti merokok. Ini kerana di siang hari, suka ataupun tidak kita semamngnya sudah berjaya meninggalkan rokok untuk satu tempoh yang panjang. Jangan lepaskan peluang ini. Jom kita lihat tips berhenti merokok di bulan puasa.

Niat dan Doa

Setiap amal bermula dengan niat. Tetapkan niat untuk berhenti merokok di bulan puasa. Jika di siang hari kita boleh mencapai kejayaan. Kuatkan keazaman diri untuk mengatakan bahawa di malam hari juga kita pasti mampu lupakan rokok. Niat lakukan ini kerana Allah. Doa dengan bersungguh-sungguh supaya kita diberi kekuatan untuk terus tinggalkan rokok sepenuhnya. Jika niat kita adalah kerana Allah, mudah-mudahan ia juga dikira sebagai satu ibadah dan semoga kita juga dapat ganjaran berganda kerana kita lakukannya di bulan Ramadhan.

Banyakkan Amal Ibadat

Andaikata keinginan merokok datang menghantui diri, banyakkan amal ibadat. Lupakan rokok dengan sibukkan diri dengan aktiviti ibadat khusus seperti solat sunat, membaca al Quran, berzikir dan sebagainya.

Guna Nomosmo Pada Waktu Malam

Isu utama adalah bila tiba waktu malam. Waktu paling kritikal adalah selepas berbuka puasa, sebelum dan selepas solat sunat tarawikh kerana pada waktu inilah waktu paling asyik untuk menyedut rokok. Jika rasa terlalu sukar untuk elakkan diri dari merokok, cuba spray Nomosmo 3-4 semburan di bawah lidah setiap kali keinginan untuk merokok datang. Nomosmo boleh membuatkan rokok rasa tidak enak dan perlahan-lahan membantu mengurangkan ketagihan.

Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Moga kita semua diberi kesempatan untuk merasai manisnya Ramadhan.

Beli Nomosmo secara online di https://nomosmoking.com/shop/

 

%d bloggers like this: