Bahaya Rokok

 

Jika dibahaskan tentang bahaya rokok kepada perokok, memang ramai dah mahir tentang perkara ini. Perokok yang menghisap rokok dipanggil sebagai firsthand smoke. Rokok ini memang bahaya. Bahan kimia yang terkandung di dalam rokok itu sendiri boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit kepada perokok. Bukan itu sahaja, kemudian wujud pula istilah seconhand smoke atau secondary smoker. Golongan ini tidak merokok, tetapi mendapat kesan buruk daripada asap rokok yang bertebaran di udara, dihembus oleh perokok yang d*rj*na. Dikhabarkan sekitar 600,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh secondhand smoke.

 

Apakah Thirdhand Smoke?

 

Baru-baru ini timbul pula konsep atau istilah thirdhand smoke. Kes ini lebih parah, kerana mangsa tidak mendapat kesan bahaya daripada asap rokok, sebaliknya daripada kesan-kesan bahan kimia berbahaya daripada rokok yang tertinggal di sofa, baju, rambut, meja, kereta, tilam, langsir dan sebagainya. Kenapa lebih parah? Kerana kesan ini diterima tanpa sedar. Jika ingin mengelakkan diri dari secondhand smoke, mungkin kita masih mampu menjauhkan diri daripada perokok yang sedang merokok. Thirdhand smoke ini pula, agak mustahil untuk kita elak. Tambahan pula memang kita tidak nampak bahan-bahan kimia yang tertinggal di tempat-tempat yang biasa kita pegang. Kesan ini pula masih ada walaupun si perokok merokok di tempat tersebut berbulan-bulan lepas. Malah (1)kajian pada tahun 2014 mengatakan, kesan ini boleh kekal sehingga setahun setengah selepas perokok merokok di tempat tersebut.

Idea thirdhand smoke ini mula diperkenalkan pada tahun 2006. Namun begitu, perkara ini lebih mendapat perhatian apabila (2)kajian mengenai kesan buruk thirdhand smoke yang dibuat terhadap anak tikus pada May 2018 mendapati, anak tikus yang terdedah kepada thirdhand smoke lebih cenderung untuk mendapat kanser paru-paru (lung cancer) berbanding anak tikus yang tidak terdedah kepada thirdhand smoke.

 

Malang Untuk Bayi

 

Kepada ibu bapa yang memilik anak kecil terutama yang masih bayi, kasihanilah anak-anak anda. Pastikan mereka tidak terdedah kepada seconhand mahupun thirdhand smoke yang berbahaya ini. Alangkah sedihnya jika melihat bayi yang tidak mampu lagi untuk mengadu, mengalami masalah pernafasan, athma dan jangkitan salur pernafasan disebabkan oleh bahan beracun daripada rokok ini. Mereka pastinya lebih terdedah berbanding orang dewasa. Terutama sekali bayi yang sedang aktif merangkak dan yang sering menyentuh apa sahaja yang mereka temui dengan tangan mahupun mulut.

Bagaimana Nak Elakkan Diri Daripada Thirdhand Smoke?

 

Cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini adalah dengan mewujudkan persekitaran bebas rokok. Kepada perokok, jika tidak ada lagi rasa sayang pada diri, berhenti merokok untuk keluarga ataupun saudara-saudara lain yang tidak bersalah. Jika ada ahli keluarga anda yang merokok, jangan berputus asa untuk beri kesedaran kepada mereka supaya meninggalkan tabiat merokok. Lakukan apa yang terdaya supaya satu hari nanti kita dapat menyediakan udara yang segar tanpa asap rokok untuk generasi yang akan datang.

Jika ingin berhenti merokok secara natural, gunakan Nomosmo – Spray Berhenti Merokok Organik. Boleh beli secara online di nomosmoking.com/shop

 

Rujukan
  1. Bahl, V., Jacob, P., Havel, C., Schick, S. F., & Talbot, P. (2014). Thirdhand Cigarette Smoke: Factors Affecting Exposure and Remediation. PLoS ONE, 9(10). doi:10.1371/journal.pone.0108258
  2. Hang B, Wang Y, Jen K, et al. Short-term early exposure to thirdhand cigarette smoke increases lung cancer incidence in mice. Clinical Science [serial online]. n.d.;132(4):475-488. Available from: Science Citation Index, Ipswich, MA. Accessed May 21, 2018.
%d bloggers like this: