Dilema Penagih Rokok

Bila bercakap mengenai ketagihan merokok, adalah lebih baik jika kita dengar pendapat pakar. Dr. Mahmud Mazlan, Pakar Addiction Medicine daripada Yale University, Amerika Syarikat menyatakan bahawa “kesukaran yang dialami oleh penagih rokok untuk berhenti merokok adalah sama seperti kesukaran yang dialami oleh penagih heroin untuk berhenti mengambil dadah. Sebab itu mereka ini selalu sakit hati bila orang beri nasihat kerana mereka sedar mereka tidak bodoh, cuma tiada upaya untuk berhenti”

Mungkin ada diantara anda yang ingin berhenti, tetapi mengalami situasi yang sama. Walaupun sering timbul kesedaran untuk berhenti, tetapi sering rasa terlalu sukar untuk tinggalkan ketagihan rokok. Pada pendapat Nomosmo, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana tahap ketagihan anda terhadap rokok. Pasti lebih mudah untuk membuat perancangan berhenti merokok setelah mengetahui tahap ketagihan anda.

 

Mengetahui Tahap Ketagihan Merokok

Tetapi bagaimana untuk menilai tahap ketagihan seorang perokok? Adakah melalui bilangan rokok yang dihisap setiap hari? Adakah melalui tempoh berapa lama individu tersebut telah menjadi penagih rokok?

Terdapat satu cara penilaian universal yang sesuai digunapakai. Fagerstrom Test for Nicotine Dependence (diubah suai pada tahun 1991) dilihat sebagai cara terbaik untuk mengetahui tahap ketagihan seseorang terhadap rokok. Ia mengandungi enam soalan mudah yang menilai dari segi bilangan rokok dihisap, rasa terpaksa untuk merokok dan kebergantungan terhadap rokok.

Ketahui tahap ketagihan merokok anda sekarang! Klik link google form di bawah untuk menjawab soalan-soalan Fagerstrom Test for Nicotine Dependence.

https://goo.gl/forms/dcqY4qzQLFvAy6Uh1
https://goo.gl/forms/dcqY4qzQLFvAy6Uh1
https://goo.gl/forms/dcqY4qzQLFvAy6Uh1

Team Nomosmo akan kirakan markah anda dan anda akan mengetahui tahap ketagihan merokok anda melalui emel.

Setelah anda mengetahui tahap ketagihan, boleh lihat 9 tips paling efektif untuk berhenti merokok.

Share post ini dengan suami, tunang, bf, abang, adik, rakan, jiran, saudara atau mana2 penagih rokok yang anda kenal. Sama-sama kita bantu mereka

Kepada yang benar-benar serius ingin berhenti merokok, boleh cuba Nomosmo. Dapatkan Nomosmo di sini.

%d bloggers like this: