Ramai yang bertanya adakah Nomosmo ini ubat berhenti merokok? Jika dilihat kepada maksud ubat itu sendiri, ubat ialah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat penyakit. Nomosmo juga bukanlah tergolong di dalam kategori Nicotine Replacement Therapy (terapi gantian nikotin). Produk-produk sebegini masih memasukkan nikotin ke dalam badan perokok, dengan harapan perokok tersebut tidak lagi berasa perlu untuk mendapatkan nikotin daripada rokok.

 

Kalau Bukan Ubat Berhenti Merokok, Apa Pula Fungsi Nomosmo?

Nomosmo dihasilkan menggunakan bahan-bahan organik seperti limau nipis, kurma, madu, kayu manis, semanggi merah dan cuka epal. Tidak ada sebarang nikotin diletakkan di dalam Nomosmo, Dihasilkan dalam bentuk cecair, campuran ini akan menghilangkan rasa ‘nikmat’ rokok kepada perokok. Bagi perokok yang serius ingin berhenti merokok, Nomosmo boleh membantu mereka dengan membantutkan hasrat untuk terus menikmati rokok.

 

Cara Penggunaan Nomosmo

Cara penggunaan Nomosmo sangat mudah. Hanya perlu semburkan (spray) Nomosmo di bawah lidah sebanyak 3 atau 4 semburan. Lakukan semburan ini 1 minit sebelum anda ingin merokok. Setelah satu minit berlalu, teruskan dengan aktiviti merokok, rokok anda tidak akan lagi rasa ‘nikmat’ seperti biasa. Sukar untuk digambarkan apakah yang dimaksudkan dengan rasa ‘nikmat’ sebenar. Hanya perokok yang mampu memahami nya.

Paling penting niat dan keinginan untuk meninggalkan rokok mesti kuat. Perkara ini tidak mudah kerana ianya melibatkan ketagihan. Bagi yang sudah lama menjadi perokok, selain ketagihan, aktiviti merokok juga sudah menjadi habit. Nomosmo boleh membantu anda untuk menukar habit tersebut. Cuba amalkan Nomosmo setiap kali sebelum merokok.

 

Rasa Nomosmo Macam Ubat Ke?

Disebabkan Nomosmo ini bukanlah dikategorikan sebagai ubat berhenti merokok, rasanya tidaklah seperti ubat-ubatan yang ada di pasaran. Jika ingin digambarkan bagaimanakah rasanya yang sebenar, paling hampir mungkin boleh disamakan dengan asam kulit limau yang manis-manis masam. Mungkin sebab ini juga isteri perokok yang tidak merokok pun suka dengan semburan Nomosmo.

 

Jangan tunggu lagi, dapatkan Nomosmo anda sekarang. Ingat, bukan ubat berhenti merokok ya. Beli Nomosmo secara online di https://nomosmoking.com/shop/

%d bloggers like this: