Niat nak berhenti merokok tu memang ada, cuma takut juga kalau-kalau ada kesan sampingan jika berhenti merokok. Tidak dinafikan jika badan kita sudah terlalu lama menerima nikotin, andaikata tiba-tiba tidak lagi mendapat nikotin tersebut ada beberapa perkara yang mungkin berlaku kepada diri kita. Ini kerana nikotin adalah satu ketagihan. Jom kita lihat kesan berhenti merokok yang mungkin berlaku pada diri kita, dari segi fizikal dan emosi.

Kesan Biasa Sindrom Ketiadaan Nikotin

 

1. Rasa keinginan (craving) kepada rokok

Perkara ini hampir pasti berlaku. Di peringkat awal mula meninggalkan rokok, rasa teringin pasti akan hadir. Lebih kuat ketagihan kepada rokok, lebih kuat juga rasa craving ini akan hadir

 

2. Rasa gelisah dan sukar untuk fokus

Perasaan tak tentu arah dan gelisah juka mungkin akan hadir. Ia juga akan menyebabkan bekas perokok sukar untuk fokus. Sering terkenangkan betapa indah dan nikmatnya andai dapat menyedut kembali rokok sebatang dua.

 

3. Sukar untuk tidur

Kegelisahan itu mungkin juga akan membawa kepada rasa sukar untuk tidur. Ini juga antara kesan yang sering berlaku di peringkat awal mula berhenti merokok.

 

4. Rasa baran, marah, sedih dan bimbang

Selain daripada kesan fizikal, kesan dalam bentuk emosi juga mungkin akan hadir. Bila tak dapat rokok, mudah untuk marah tehadap perkara-perkara kecil walaupun tak masuk akal. Emosi akan jadi tidak stabil. Kadang-kadang perasaan yang wujud seolah-olah sedang mengalami depresi.

 

Ketahuilah bahawa kesan-kesan ini hanyalah sementara dan bukannya berkekalan sampai bila-bila. Tujuan artikel ini ditulis bukan untuk menakutkan perokok yang ingin berhenti merokok, tetapi lebih membantu perokok supaya menjadi lebih bersedia. Seandainya perkara-perkara di atas anda alami sendiri, jangan takut kerana ia sebenarnya normal. Ingatlah bahawa manfaat berhenti merokok jauh lebih bermakna jika dibandingkan dengan ujian yang sementara ini.

Kepada isteri, tunang, ahli keluarga ataupun kenalan perokok yang sedang berusaha berhenti merokok, berikan sokongan yang padu seandainya mereka mengalami sindrom kehilangan nikotin seperti yang diterangkan di atas.

Sebagai bantuan, boleh juga gunakan Nomosmo – Spray Berhenti Merokok Organik untuk membantu anda di peringkat awal meninggalkan rokok. Nomosmo boleh membantu menghilangkan rasa ‘enak’ rokok dan secara perlahan-lahan membantu mengurangkan ketagihan. Boleh beli Nomosmo secara online di https://nomosmoking.com/shop/

 

%d bloggers like this: