Mesti ramai isteri-isteri, ataupun cik tunang yang teringin kalau suami atau encik tunang berhenti merokok kan? Bahagia yang tak terhingga kalau betul-betul pasangan boleh lupakan rokok. Bukannya apa, perokok ni kalau cerita bab tinggalkan rokok memang teramatlah sensitif. Sebab rokok ni satu ketagihan, ada kajian yang kata, nak berhenti merokok ni sama teruknya macam penagih dahah nak berhenti tinggalkan dadah tu.

Tapi bukanlah satu perkara yang mustahil. Ramai juga yang telah berjaya berhenti merokok. Paling penting jom kita tengok cara-cara yang kita sebagai wanita boleh lakukan untuk memujuk suami berhenti merokok. Semoga berjaya!

1. Cetuskan Idea Ketika Mahu Berkahwin

Idea ni boleh digunakan kepada pasangan yang masih bercinta atau sedang bertunang. Cetuskan idea supaya bakal suami berhenti merokok sempena nak tukar statu daripada bujang kepada suami orang. Selalunya moment bahagia sebegini lebih berkesan untuk seseorang berubah ke arah lebih baik dan tinggalkan tabiat tak baik seperti merokok.

2. “Awak Lebih Sayangkan Saya Atau Rokok?”

Cuba tanya ni pada suami. Tujuannya supaya suami berfikir mana yang lebih penting. Tapi suami-suami ni selalunya licik. Kemungkinan mereka akan jawab “saya kenal rokok dulu sebelum awak”. Jangan panik. Balas semula dengan “jadi, sayang abang pada saya tak setinggi sayang abang pada rokok?”

Namun tips ini kebiasannya efektif bagi pasangan yang baru berkahwin. Kalau dah 10 tahun tu mungkin tak berapa berkesan. Tapi apa salahnya mencuba kan.

3. Gunakan Anak-anak

Bagi yang dah terlepas moment hari pernikahan, boleh gunakan juga saat kelahiran anak. Saat bertukarnya status kepada seorang ayah melahirkan bibit-bibit keinsafan dalam diri. Jangan lepaskan peluang ini. Tanamkan idea untuk berhenti merokok kepada suami anda dengan segera. Lakukan dengan konsisten secara terus dan secara halus. Cara halus yang boleh digunakan adalah dengan berkongsi artikel-artikel bahaya rokok kepada anak-anak kecil.

4.  Bagi Ganjaran Lumayan Kepada Suami

Pada yang berkemampuan, boleh hadiahkan ganjaran yang lumayan kepada suami andai mereka berjaya berhenti merokok. Paling baik adalah barang-barang yang sesuai dengan hobi suami. Contohnya motosikal berkuasa tinggi ataupun kereta. Kalau kurang berkemampuan, boleh bagi hadiah yang bukan berbentuk material. Seperti kerelaan untuk bermadu senyuman semanis madu.

5. Kata-Kata Positif Sebelum Suami Merokok

Kalau sebelum ni kita sering berleter setiap kali suami merokok. Cuba tukar kepada ucapkan kata-kata positif. Tambahkan juga dengan tindakan yang positif. Sebagai contoh, setiap kali suami ingin merokok, pegang tangan suami dengan lembut, lemparkan senyuman yang manja dan peluk suami dengan erat. Tenangkan suami dan ucapkan “abang skip rokok yang ni eh, pleaseee”. Di peringkat permulaan, lakukan secara berselang seli. Andaikata suami merokok 10 kali sehari, lakukan sebanya 3 atau 4 kali.

6. Merokok Bersama Suami

Idea ni agak melampau. Bila suami mula merokok, capai juga sebatang rokok dan merokok bersama-sama suami. Cuba lihat reaksi suami jika anda lakukan sebegini. Andaikata suami mempersoalkan tindakan anda, boleh balas dengan pilihan di bawah

a) Sediakan cermin, bila suami memarahi anda, keluarkan cermin tersebut. Ibaratkan kata-kata marah yang diucapkan suami, dikembalikan kepada beliau.

b) ucapkan kepada suami “daripada saya dapat kesan buruk dari asap rokok abang ni, baik saya hisap rokok sekali”

c) “saya tak sanggup abang pergi dulu dari saya, saya nak sehidup dan semati dengan abang, jom kita merokok sama2”

7. Hadiahkan Nomosmo Pada Suami

Kalau anda rasa sukar untuk lakukan cadangan-cadangan tadi, boleh hadiahkan Nomosmo – Spray Berhenti Merokok Organik kepada suami anda. Nomosmo diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti limau nipis, cuka epal, kurma, madu, semanggi merah dan kayu manis. Boleh membantu menghilangkan rasa enak rokok dan perlahan-lahan mengurangkan ketagihan merokok. Hanya perlu spray 3-4 semburan di bawah lidah sebelum merokok. Beli secara online di nomosmoking.com/shop

Selamat mencuba!

 

%d bloggers like this: