Konsep perniagaan secara affiliate tidak begitu popular di Malaysia. Konsep pemasaran menggunakan stokis, agent dan dropship lebih digemari. Pihak syarikat mungkin rasa lebih cepat dan mudah dapat pulangan dengan mencari ramai stokis dan agent. Tetapi bagi individu yang ingin menjana pendapatan sampingan, konsep perniagaan sebegini yang tidak memerlukan modal mungkin jauh lebih menarik. Jom kita lihat 7 kelebihan untuk kita part time secara affiliate berbanding menjadi agent ataupun stokis.

 

1. Tanpa Sebarang Modal

Untuk mendaftar sebagai agent, kebiasannya kita perlu mendahulukan sejumlah wang. Ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Konsep yang sering digunapakai adalah kita perlu membeli secara pukal. Pihak syarikat semestinya menggemari konsep ini. Ini kerana mereka boleh terus ‘menjual’ produk kepada agent ataupun stokis dengan jumlah yang banyak, tanpa perlu risau seandainya agent ataupun stokis tersebut gagal menjual produk-produk tersebut.

Berbeza dengan perniagaan berkonsepkan affiliate ini, kita tidak perlu lakukan sebarang pembelian. Ini bermaksud dengan affiliate, kita tidak perlu keluarkan modal walau satu sen pun. Ianya PERCUMA.

 

2. Proses Pendaftaran Affiliate Yang Mudah

Dengan affiliate semuanya online. Pendaftaran juga dilakukan secara online. Kebiasannya hanya maklumat peribadi yang ringkas diperlukan waktu mendaftar. Maklumat bank juga diperlukan bagi tujuan pembayaran komisen. Ada juga affiliate yang melakukan pembayaran menggunakan PayPal, terutama syarikat antarabangsa.

 

3. Potensi Keuntungan Tanpa Risiko Kerugian

Selepas mendaftar, setiap yang mendaftar akan mendapat link affiliate tersendiri. Kita hanya perlu promote link ini di Facebook/Instagram/Website/Blog/Twitter dan di mana-mana sahaja. Tanpa sebarang modal, sekiranya ada pembelian oleh pelanggan yang membeli melalui link yang kita kongsikan, komisen akan diberikan. Ada syarikat yang memberikan komisen tetap bagi setiap produk/servis (contoh RM10 untuk setiap produk), ada juga yang memberi mengikut peratus (contoh 10% daripada harga produk). Potensi keuntungan sama seperti stokis dan agent, tiada limit. Perbezaan paling ketara adalah tiada risiko kerugian kerana dengan affiliate pendaftaran adalah percuma.

 

4. Tidak Perlu Kepakaran Tentang Produk/Servis

Apabila pembeli klik link affiliate yang kita kongsikan, pembeli tersebut akan terus dibawa ke website syarikat. Semua maklumat ada disitu dan kita tidak perlu menjadi pakar kepada produk atau servis syarikat tersebut. Kita juga tidak perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Semuanya diuruskan oleh pihak syarikat. Berbeza dengan stokis dan agent, semua soalan kita perlu jawab.

 

5. Tidak Perlu Pening Kepala

Disebabkan kita tidak perlu membeli sebarang produk, affiliate tidak menyebabkan kita pening kepala untuk simpan stok, nak bungkus produk, nak hantar atau post produk. Semua ini akan diuruskan oleh pihak syarikat. Kita hanya share link, dan itu sahaja. Urusan-urusan lain semuanya diuruskan oleh syarikat. Termasuklah urusan pembayaran.

 

6. Tidak Perlu Jumpa Orang

Pemasaran affiliate 100% online. Guna smartphone juga sudah memadai.

 

7. Untung Dengan Mudah

Mungkin ada yang secara peribadi sering share sebarang post yang disukai di media sosial. Selama ini kita tidak akan mendapat sebarang ganjaran. Dengan mendaftar affiliate syarikat tersebut, sebarang perkongsian yang disertai dengan link affiliate, memungkinkan kita mendapat keuntungan.

Nomosmo juga memasarkan produk menggunakan konsep Affiliate. Daftar sebagai Affiliate Nomosmo di https://nomosmoking.com/affiliate-home/

Sekiranya anda tidak pasti bagaimana untuk mendaftar, download eBook Affiliate Nomosmo di eBook Affiliate Nomosmo

Jika anda ingin mencuba Nomosmo dahulu, boleh dapatkannya di sini.

#Nomosmo

#NoRokokNoProblem

%d bloggers like this: